Kamis, 12 April 2012

Perbandingan terjemahan Yehezkiel 23 dalam Alkitab Bahasa Indonesia / Melayu


Golongan misionaris Kristian sering mendakwa bahawa bidadari-bidadari yang berada di syurga seperti mana yang diceritakan oleh Al-Qur’an merupakan “cerita lucah” kerana ia menimbulkan berahi. Namun, mereka tidak dapat membuktikan bahawa dakwaan mereka ini adalah benar dan tidak ada nas-nas di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadis yang menceritakan apakah benar perhubungan seksual berlaku seperti di dunia. Misionaris Kristian juga telah lupa bahawa Alkitab yang mereka dakwa adalah “inspirasi” daripada Tuhan mengandungi ayat-ayat lucah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras bahawa ia adalah suci.
Berikut kami perturunkan terjemahan Yehezkiel 23:17-21 daripada dua sumber terjemahan yang berbeza, tetapi menceritakan perkara yang sama.

Alkitab Bahasa Indonesia


Alkitab Bahasa Melayu



Kedua-duanya mempamerkan kelucahan yang sama. Namun, ada suatu perkara yang menarik untuk dibincangkan apabila membuat perbandingan di antara kedua-dua terjemahan ini.
Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sebagai bahasa serumpun sepatutnya tidak memiliki apa-apa perbezaan terjemahan dari segi maksud dan mesej yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara di dalam terjemahan Yehezkiel 23. Contohnya, penggunaan frasa “aurat keldai” di dalam Alkitab Bahasa Indonesia dan “nafsu keldai” yang terdapat di dalam Alkitab Bahasa Melayu. Adakah kedua-dua frasa ini mempunyai maksud yang sama?
Satu lagi contoh adalah di dalam Yehezkiel 23:21, di mana di dalam Alkitab Bahasa Indonesia, ia menceritakan bahawa Oholiba membiarkan kaum lelaku “menjamah-jamah susu kegadisan”nya. Akan tetapi, di dalam Alkitab Bahasa Melayu, Oholiba telah “hilang keperawanan” kepada kaum lelaki tersebut. Bukankah ini mempunyai maksud yang amat ketara perbezaannya?
Jelas sekarang, bahawa bukan sahaja Yehezkiel 23 mengandungi ayat-ayat lucah, tetapi perbezaan terjemahan di dalam Alkitab Bahasa Indonesia dan Alkitab Bahasa Melayu telah juga menyebabkan maksudnya menjadi korup. Lalu, bagaimanakah orang Kristian boleh mendakwa bahawa Alkitab itu adalah wahyu daripada Tuhan?





Share

Twitter Facebook Digg Delicious Favorites More