Sidang redaksi laman web ini seringkali menerima komen-komen daripada para penganut agama Kristian ajaran Paulus yang sesat lagi menyesatkan. Kebodohan mereka mengenai asas-asas ajaran Islam yang suci amatlah ketara, sehinggakan kami hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat mereka. Contohnya, dakwaan mereka yang kononnya Rasulullah S.A.W. berkahwin sehingga 44 orang isteri. Kami amat pelik bagaimana jumlah “44 orang” ini boleh muncul, sedangkan sejarah dan nas hadis sahih jelas menyatakan bahawa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. hanya berkahwin dengan tiga belas orang sahaja. Itu pun daripada jumlah ini, hanya seorang sahaja merupakan anak gadis ketika berkahwin dengannya (iaitu Saidatina Aishah R.A.), isteri-isteri yang lain semuanya adalah janda. Namun begitu, jika orang Kristian mahu berlagak hipokrit dan membuat fitnah terhadap perkahwinan-perkahwinan Rasulullah S.A.W., maka seharusnya mereka mengutuk seorang rasul di dalam kitab Perjanjian Lama mereka terlebih dahulu, iaitu Raja Solomo! (rujuk kepada: 1 Raja-Raja 11:3).
Walaupun demikian, yang ingin dibincangkan di sini bukanlah kebodohan mereka mengenai ajaran Islam yang terpamer jelas, tetapi ulasan-ulasan yang pada muktahir ini sering terarah kepada orang Kristian yang sentiasa mahu “mendoakan” kesejahteraan untuk umat Islam dengan bertuhankan Yesus. Dalam perkiraan kami, tidak kurang daripada 3 – 5 ulasan daripada umat Kristian yang “mendoakan” kesejahteraan kami agar menerima tuhan manusia separa bogel mereka sebagai pengganti kepada Allah S.W.T. Antara ulasan-ulasan yang diterima:
1. Jika agama yang kita anuti benar, jangan marah kalau ada orang mengutuk anda. Kebenaran tetap kebanaran. ISA AL-MASIH(Mesias). Dia yang berkuasa di dunia dan akhirat….
2. cuba anda bezakan antara org yang benar kristian dan org yang hanya mengambil nama kristian….jauh sekali bezanya….buka bible,dan fahaminya,dan buat apa yang disuruh,jangan memikirkan hal duniawi ini,dan jangan memperdulikan siapa yang betul atau yang benar,jesus is my savior
3. kami orang kristen sangat yakin bahwa Yesus adalah Tuhan, terbukti jika kami berdoa maka doa kami akan selalu di jawab.terbukti banyak mujizat yang terjadi. Istri paman saya yang penyakit kanker sembuh dengan Kuasa Tuhan Yesus dan masih banyak lagi mujizat-mujizat yang lain.
4. saya kristiani.. buat orang2 yg sudah menghina Tuhanku Yesus Kristus, ampunilah orang2 ini ya Tuhanku..
5. salam damai,salam sejahtera……”PINTU ANUGERAH masih terbuka bgi manusia yg sesat n brdosa….”TUHAN YESUS adalah JALAN KESELAMATAN,tiada JLN lain utk selamat melainkan Allah(Tuhan Yesus@Isa Almasih)diberkatilah saudari/saudara…yg berusaha mencari kebenaran utk keselamatan kekeal…HAKIM YG ADIL AKAN DTG UTK mENGHAKIMI MANUSIA……
Sekarang, persoalannya:
1. Benarkah Yesus itu berkuasa atas segala sesuatu? Sedangkan diri sendiri mengakui bahawa tiada yang lain berkuasa melainkan Allah SWT.
2. Benarkah Yesus mampu memakbulkan doa orang lain? Sedangkan diri sendiri sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memakbulkan doanya sendiri.
3. Benarkah Yesus adalah jalan keselamatan dan akan menjadi hakim di akhirat? Sedangkan di dalam Alkitab sendiri, dirinya sendiri dihakimi dan dihukum oleh seorang hakim Roma.
4. Benarkah Yesus mampu menyelamatkan orang lain? Sedangkan diri sendiri tidak mampu diselamatkan dan mengeluh kehampaan?
5. Benarkah Yesus adalah tuhan disebabkan banyak mukjizat yang dipamerkan? Sedangkan Nabi Musa a.s. mempunyai mukjizat yang hebat dan tidak pula Nabi Musa a.s. dipertuhankan!
Soalan-soalan inilah yang perlu dijawab oleh para penganut Kristian and para misionaris mereka yang sentiasa mengadu-domba dan mendakyahkan agama palsu mereka di dalam apa jua keadaan sekalipun. Maka di sini kami ingin memberitahu mereka, anda simpan sahajalah doa anda yang memang tidak akan dimakbulkan supaya kami menyembah tuhan manusia separa bogel anda. Kami tidak sekali-kali akan mensyirikkan Allah SWT atau menuhankan seorang manusia selain daripada Allah SWT.