Kamis, 12 April 2012

Penasihat Paus gentar dengan syiar Islam di Eropah


ROME: Setiausaha sulit Pope Benedict XVI memberi amaran mengenai aliran Islamisasi Eropah yang semakin ketara dan menekankan benua itu supaya tidak melupakan akar umbi Kristian.
“Cubaan mengIslamkan Barat tidak boleh dinafikan. Ia mengundang bahaya kepada identiti Eropah kerana yang berkaitan dengannya tidak sepatutnya dilupakan,” Georg Gaenswein dipetik sebagai berkata dalam majalah Sueddeutsche Magazin yang disiarkan semalam.
Gaenswein turut mempertahankan ucapan Benedict tahun lalu yang mengaitkan Islam dengan keganasan dan berkata ia adalah cubaannya untuk “menyedarkan semua pihak”.
Penduduk Islam di seluruh dunia membantah ucapan Benedict, dengan gereja dibakar di Tebing Barat dan ulama Iran berkata pope bersatu dengan Presiden George W Bush untuk “mengulangi Perang Salib”. Seorang rahib Itali juga ditembak di hospital tempat dia bekerja di Somalia dan Vatican meluahkan kebimbangan serangan itu berkaitan dengan reaksi kepada ucapan Pope.
Baru-baru ini, ketua paderi berpengaruh Cologne, Joachim Meisner, berkata dalam temubual radio Deutschlandfunk yang diberi publisiti meluas bahawa “penghijrahan umat Islam mencetuskan perpecahan dari budaya Jerman dan Eropah.” -รข€“ Agensi




Share

Twitter Facebook Digg Delicious Favorites More