Sabtu, 14 April 2012

Paradoks Epiminides dan Paulus


Epiminedes adalah seorang tokoh falsafah dari kaum Kreta yang berkata “Semua orang Kreta adalah pembohong.” Di dalam buku-buku yang membicarakan tentang ilmu logika/mantik, pernyataan ini dinamakan sebagai Paradoks Epiminedes. Dan adalah amat menghairankan apabila kita melihat di dalam Titus 1 bahawa Paulus menulis seperti berikut:
Seorang dari kalangan mereka, nabi mereka sendiri, pernah berkata: ‘Dasar orang Kreta pembohong, binatang buas, pelahap yang malas’.Kesaksian itu benar. Karena itu tegorlah mereka dengan tegas supaya mereka menjadi sehat dalam iman, dan tidak lagi mengindahkan dongeng-dongeng Yahudi dan hukum-hukum manusia yang berpaling dari kebenaran. (Titus 1:12-14)
Apa yang menarik di dalam ayat di atas ialah Paulus telah mengambil pernyataan ini daripada Paradoks Epiminedes, dan kemudian mengatakan dengan jelas bahawa penyampainya adalah seorang nabi dari golongan Kreta: “Dasar orang Kreta pembohong…”, dan kemudian Paulus mengatakan bahawa nabi orang Kreta yang membuat kenyataan ini berkata benar.
Di sinilah timbulnya masalah logika dalam tulisan Paulus ini: jika pernyataan ini diucapkan oleh seorang Kreta (dan ini diakui oleh Paulus sendiri), sudah tentu kenyataan orang Kreta tersebut adalah tidak benar. Dan jika orang Kreta ini memang bercakap benar ketika membuat kenyataan ini, ia bermakna pernyataan asalnya bahawa “Dasar orang Kreta pembohong…” adalah palsu. Jadi, pernyataan ini boleh menjadi benar kerana orang yang mengucapnya adalah seorang Kreta, dan juga boleh menjadi palsu kalau orang Kreta itu berkata benar. Jadi yang mana satukah yang benar dan harus dipercayai?
Kemungkinan yang boleh juga disimpulkan dari ayat Titus 1:12-14 ialah Paulus pada ketika menulis kenyataannya ini tidak “diinspirasi” oleh Allah pada masa itu. Rujuk kepada 1 Korintus 7:25, di mana Paulus dengan angkuhnya mengatakan bahawa dia memberikan “pendapatnya” sendiri sebagai“seorang yang dipercayai oleh Allah”. Nampaknya kesilapan logik dalam Titus 1:12-14 jelas menunjukkan bahawa Paulus tidak mungkin mendapat “inspirasi” ataupun “kepercayaan” dari Allah!



Artikel terkait :

Share

Twitter Facebook Digg Delicious Favorites More