Kamis, 12 April 2012

Mempergunakan al-Qur’an untuk Dakyah Agama Kristian


Mempergunakan al Quran untuk Dakyah Agama Kristian
Gerakan misionaris Kristian di Malaysia menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran mengenai Isa alaihissalam, dalam usaha untuk mendakyahkan ajaranagama Kristian kepada umat Islam di negara ini
“Anda tidak perlu mengkritik Muhammad atau para nabi lain,” David Garrison, seorang mubaligh Kristian memberitahu New York Times pada hari Sabtu, Mac 13 2010.
“Hanya Membangkitkan Yesus”
Garrison menggunakan strategi yang disebut sebagai “Kaedah Camel”, yang melibatkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran tentang Yesus untuk memurtadkan seorang Muslim menjadi Kristian.
Dalam satu kes, strategi mereka adalah untuk berbicara dengan seorang Muslim tentang kelahiran ajaib Yesus.
“Adakah anda mengetahui adanya nabi lain lahir dari seorang perawan?” tanya si mubaligh kepada Muslim tersebut.
Di dalam Al-Quran, Yesus disebut “Isa”. Ia juga dikenali sebagai Al-Masih (Kristus) dan Ibnu Maryam (Putera Maryam). Muslim mempercayai kerasulan Isa .a.s. sebagai salah-seorang Nabi Allah yang besar.
Baginda a.s. adalah anak Maryam tetapi bukanlah Anak Allah. Baginda telah dikandung dan lahir secara ajaib. Keajaiban ini adalah petanda untuk semua bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Hal ini serupa dengan ciptaan Allah Adam tanpa seorang ayah atau ibu.
Adapun penyalibannya, umat Islam percaya bahawa Isa a.s. tidak disalibkan tapi telah diselamatkan dan diangkat ke syurga.
“Hadiah” Daripada Tuhan
Dalam kes lain, mubaligh berbicara tentang mukjizat Yesus yang juga disebutkan dalam Al-Quran untuk memujuk umat Islam bahawa status baginda melebihi daripada para nabi yang lain.
“Ini (Al-Quran) mengatakan bahawa Isa mampu membersihkan si kusta, bahkan mampu membangkitkan orang yang sudah mati,” kata Garrison.
“Pada masa itu juga dalam perbualan dengan umat Islam, kita boleh katakan,”Bukankah menarik bahawa Isa punya keistimewaan luar biasa yang Allah memberikan kepadanya, bahkan kematian juga berada di bawah kekuasaannya?”
“Kalau anda bertanya, ‘Apakah ada nabi lain mempunyai kuasa seperti ini? Jawapannya tidak ada.”
Dalam Islam, para Rasul yang dihantar dikurniakan dengan mukjizat yang berbeza, kerana mereka perlu menghadapi umat mereka sendiri dengan cara yang akan menarik mereka dan membantu mereka untuk memahami mesej Tauhid yang dibawa oleh mereka.
Kurnia khusus kepada Isa a.s. adalah bahawa ia boleh melakukan mukjizat seperti yang disebut sebelum ini. Kemampunan baginda a.s. melakukan mukjizat tidak menyamakannya dengan Allah.
Semua yang baginda a.s. lakukan adalah dengan izin daripada Allah untuk mengajar Bani Israil tentang keesaan Tuhan. Bahkan mukjizat ini, walaupun membuktikan kerasulan baginda, tidak cukup untuk meyakinkan mereka.
Muslim percaya bahawa Isa a.s. akan datang kembali ke bumi sebelum zaman untuk memulihkan keamanan dan ketertiban, melawan Anti-Kristus (Al-Masih Ad-Dajjal) dan membawa kemenangan bagi kebenaran dan keadilan.
Para pengikut Isa a.s. yang benar akan memperoleh kemenangan ke atas mereka yang menyangkal baginda a.s., memberikan gambaran yang salah mengenai baginda, dan menolaknya. 



Share

Twitter Facebook Digg Delicious Favorites More